Pengambilan makanan adalah penting untuk memenuhi keperluan tumbesaran dan mencapai kesihatan yang optimum. Bagi seseorang Muslim, mengambil makanan adalah untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah.
Oleh yang demikian, makanan yang baik bukan sahaja mengambil kira kandungan zat yang ada di dalam makanan tetapi juga dari segi penyediaan, pengendalian dan sumber yang halal dan bersih.
Terdapat beberapa makanan yang boleh dikatakan istimewa kerana disebut di dalam al-Quran. Antara makanan tersebut adalah seperti kismis, buah delima, kurma, habbatus sauda, madu, dan buah zaitun.
Makanan-makanan ini mengandungi khasiat dan kelebihan-kelebihan yang tersendiri dan telah dibuktikan secara klinikal. Kini, muslimin dan muslimat dapat menikmati makanan-makanan hebat ini di dalam satu pakej makanan yang lengkap.
Gabungan 7 Ekstrak Penting di dalam Susu Kambing Anugerah.
Susu Kambing Anugerah diperkaya susu kambing dan nutrien-nutrien penting seperti:
- Kismis – membekalkan tenaga segera, meningkatkan daya ingatan dan mengimbangi tahap kolesterol.
- Habbatus sauda – mampu meningkatkan sistem imunisasi badan dan mengurangkan keradangan dan pembentukan sel-sel tumor.
- Ginkgo Biloba –menajamkan fikiran dan meningkatkan pengaliran oksigen ke otak.
- Gam Arab – mampu menstabilkan kontraksi usus kecil, mengurangkan masalah sembelit dan cirit-birit.
- Delima – bertindak sebagai anti-oksidan dan melawan radikal bebas di dalam badan.
- Kolagen – bahan aktif untuk awet muda, mengurangkan geseran antara tulang sendi dan menajamkan penglihatan.
- Biji aprikot – mengandungi vitamin B17 yang mampu merawat dan mencegah kanser.
Khasiat Susu Kambing Anugerah juga banyak. Ia diperkaya dengan kalsium, potassium, riboflavin dan vitamin B. Ia boleh membantu mengurangkan masalah bronkitis, asma dan rheumatism.
Ia juga boleh membantu penghidap insomnia dan demam kuning, menguatkan tulang dan gigi, mengimbangi tekanan darah dan fungsi jantung dan memberikan tenaga.
Ia mempunyai kandungan protein yang lebih tinggi daripada susu lembu dan hampir menyamai susu ibu.
Ia juga amat sesuai untuk mereka yang alah kepada susu lembu dan lebih mudah dicerna oleh badan.
Kombinasi pengubatan Islam untuk kesejahteraan jasmani dan rohani.
Apa yang lebih menarik adalah Susu Kambing Anugerah ini telah didoakan dengan bacaan 30 juzuk al-Quran dan doa-doa pilihan untuk memastikan para pengguna dapat menikmati mukjizat al-Quran di samping mengekalkan kesihatan yang baik.
Dengan menggabungkan kaedah pengubatan Islam, Susu Kambing Anugerah adalah makanan kesihatan yang lengkap. Antara ayat-ayat dan doa-doa khusus yang terkandung di dalam Susu Kambing Anugerah ini:
- Bacaan 30 juzuk al-Quran
- Surah al-Fatihah
- Surah al-Baqarah
- Surah al-Qadr
- Surah as-Saffat
- Surah al-Qamar
- dan doa-doa terpilih
Tertib penggunaannya adalah sebelum minum, baca selawat 3 kali, kemudian baca surah al-Fatihah, baca La Hawla Wala Quwwata Illa Billah. Akhir sekali niat kepada Allah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Dengan kombinasi nutrisi yang unggul di dalam Susu Kambing Anugerah, tidak syak lagi ia adalah minuman yang lengkap untuk keperluan harian anda.
Kita harus yakin bahawa segala doa dan hajat akan ditepati dengan izin Allah S.W.T. Kita hanya berikhtiar, hanya Allah sahaja yang menentukan. Adakah anda sudah mendapatkan Susu Kambing Anugerah? Bagaimana rasanya?
Kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.