Wednesday 17 April 2013

Kelebihan Gamat King Anugerah Yang Anda Perlu Tahu.


Gamat adalah sejenis haiwan laut yang bernilai tinggi. Di dalam badan gamat ini terkandung khazanah berharga yang mampu menggembirakan mereka yang sakit, ibu yang mengandung dan mereka yang ingin kelihatan muda dan bertenaga.

Nenek moyang terdahulu telah lama menggunakan gamat untuk meningkatkan kesihatan badan, menyembuhkan luka dan sebagai ubat penahan sakit semulajadi.

Kini, masyarakat moden boleh mengambil kesempatan daripada kelebihan gamat ini. Kajian daripada Universiti Kebangsaan Malaysia telah mendapati gamat mengandungi kandungan protein,karbohidrat, zat galian dan asid lemak yang tinggi. EPA dan DHA adalah asid lemak yang mampu melambatkan proses degenerasi sel dan mengurangkan kerosakan sel.

Kajian-kajian para saintis lain berjaya membuktikan gamat sebagai penawar alternatif kepada ubat-ubatan pada masa akan datang.

Selain itu, ia juga kaya dengan growth factor yang mempercepatkan pertumbuhan sel-sel baru yang telah rosak. Kolagen di dalam gamat adalah tinggi sebanyak 92% untuk memerangi kesan penuaan dan kemerosotan prestasi sel di dalam badan manusia.

Inilah kelebihan utama gamat.

Tapi itu adalah sebahagian daripada khasiat gamat di dalam Gamat King Anugerah.

Alami mukjizat al-Quran untuk kesihatan badan yang optimal.

Mendapatkan makanan yang berkhasiat dan halal adalah wajib kepada muslimin dan muslimat. Dengan badan dan akal yang sihat, kita boleh menjalani hidup dengan baik dan sempurna.

Namun, tidak siapa boleh menjangka sakit akan berkunjung tiba. Ia akan datang secara tiba-tiba tanpa dipanggil.

Di waktu itulah, doktor dan ubat diseru. Kita disaran untuk mencari penawar untuk penyakit yang dihadapi. Ia sesuai dengan hadis Nabi S.A.W daripada Usamah bin Syarik;‘Seorang Arab Badwi bertanya Rasulullah s.a.w. (apabila beliau dihinggapi penyakit), “Wahai Rasulullah, adakah perlu kami berubat. Sabda Rasulullah, Ya. Wahai hamba Allah, hendaklah kamu berubat, maka sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan ada penawarnya” – Hadis riwayat at-Tirmizi.

Pelbagai rawatan yang boleh kita ambil selain daripada perubatan konvensional. Antaranya adalah dengan kaedah pengubatan Islam. Ayat-ayat suci al-Quran akan dibacakan oleh pengamal perubatan kepada medium perubatan seperti air, lalu air ini diberikan kepada pesakit untuk diminum atau dibuat mandi.

Ia adalah kaedah yang selari dengan sunnah Rasulullah S.A.W dan tidak menyalahi syarak.

Kini, kaedah ini dikembangkan ke produk-produk kesihatan untuk memberikan keberkatan kepada mereka yang ingin mendapatkan kesihatan tubuh badan secara total.

Kalam Allah ada di dalam Gamat King Anugerah.

Gamat King Anugerah mengandungi air mineral yang telah dibacakan 30 juzuk al-Quran dan doa-doa pilihan. Ia dibacakan dengan penuh tertib dan dalam kiraan tertentu oleh pelajar-pelajar tahfiz.

Di antara doa-doa khusus yang dibacakan ke dalam Gamat King Anugerah ini adalah:
  • Ayat-ayat ruqyah
  • Ayat ruqyah Nabawiyyah.
  • Ayat ruqyah Jibril.
  • Ayat pembatal sihir dan pukau.
  • Ayat penawar seribu guna
  • Doa pendinding
  • Doa pengasih dan banyak lagi.

Kombinasi unik perubatan moden dan pengubatan Islam.

Bila digabungkan dengan khasiat gamat yang menakjubkan, ia adalah minuman kesihatan terbaik masa kini. Dengan izin Allah Taala, Gamat King Anugerah boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka, meredakan sakit sendi dan otot dan mengurangkan bengkak akibat digigit oleh serangga. Bagi wanita yang mengandung, ia membantu tumbesaran bayi yang dikandung, serta boleh dijadikan minuman tenaga untuk wanita yang baru lepas bersalin.

Gamat King Anugerah boleh diambil oleh semua golongan. Tertib penggunaannya adalah sebelum meminumnya, perlu berselawat sebanyak 3 kali, kemudian membaca surah al-Fatihah, kemudian membaca “La Hawla Wala Quwwata Illa Billah” dan seterusnya berniat kepada Allah untuk memulihkan kesakitan yang dihadapi. Insya-Allah.

Adakah anda sudah mendapatkan Gamat King Anugerah? Bagaimana kesannya? Hubungi Ummi Biz untuk maklumat lanjut dan dapatkan diskaun price dengan pembelian RM200 ke atas..

No comments:

Post a Comment