Semua orang inginkan dirinya disayangi dan disenangi oleh orang lain. Seorang ketua perlu mempunyai perwatakan yang boleh mempengaruhi orang bawahannya. Seorang ahli perniagaan perlu mempunyai aura yang positif supaya dapat menarik perhatian pelanggan dan melariskan perniagaannya. Seorang teruna atau dara yang sudah cukup syarat mahu jodohnya dipercepatkan tanpa perlu runsing lagi.
Ia ibarat magnet yang boleh menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandang. Apa sahaja percakapan, gerak gaya dan air muka seseorang akan melekat di dalam minda seseorang.
Namun, hanya segelintir sahaja yang memiliki kelebihan ini. Mereka mengetahui satu kaedah lama untuk menaikkan seri wajah dan pemanis diri.
Amalan mandi bunga.
Amalan mandi bunga adalah salah satu ritual masyarakat Melayu untuk menguatkan aura diri dan menaikkan seri wajah kepada pengamalnya.
Air mandian disediakan bersama dengan 7 jenis bunga berlainan dan herba-herba pilihan. Bunga didakwa memiliki elemen positif yang boleh mempengaruhi fizikal, mental, emosi dan spiritual pengamalnya.
Hukum mandi bunga pada asalnya adalah harus kerana bertujuan untuk mengharumkan badan dan kebersihan tetapi sekiranya ianya dikaitkan dengan amalan bomoh dan jampi serapah yang bercanggah dengan syariat Islam, maka ia jatuh hukum haram dan wajib untuk ditinggalkan.
Miliki seri wajah dengan membaca al-Quran.
Antara alternatif lain adalah dengan mengamalkan ayat-ayat al-Quran. Amalkan membaca ayat ke-35-38 surat Al-Waqiah dan surah Al-Fatihah serta Ayat Kursi. Tiupkan ke dalam air lalu minum. Niatkan di dalam hati untuk meningkatkan seri diri dan menghindari dari perkara yang tidak di ingini. Amalkan selepas solat isyak.
Bagi anda inginkan supaya wajah anda berseri-seri, bacalah Surah Yusuf ayat ke-4 selepas solat. Selepas itu, teruskan dengan membaca Surah Thaahaa ayat ke-39. Untuk amalan harian, bacalah sebanyak tiga kali kemudian disapu pada muka.
Kombinasi minyak kasturi kijang dengan pengubatan Islam.
Anda juga boleh mengamalkan Minyak Kasturi Anugerah untuk Menaikkan Seri dan Pemanis . Minyak yang dihasilkan dari pati kasturi kijang ini mempunyai kelebihan berbanding pewangi lain. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi.” (Hadis Riwayat Muslim).
Menurut Ustaz Khairul Azhar Ghazali, Minyak Kasturi Anugerah ini ditenagakan dengan bacaan al-Quran 30 juzuk, ayat-ayat Ruqyah, ayat dan selawat syifa’ dan selawat Tafrijiyyah, pendinding al-Muawwizat serta doa-doa terpilih.
Beliau berkata, jika menggunakan minyak ini sebagai amalan harian, ia membantu memberi ketenangan jiwa, kekuatan kepada roh, menghilangkan ketakutan dan kebimbangan, memperkuatkan organ dalaman dan luaran tubuh serta berfungsi memelihara kesihatan secara menyeluruh.
“Sebagai ikhtiar, Minyak Kasturi Anugerah ini mampu menaikkan seri dalam diri, membuatkan diri disenangi ramai dan dipercepatkan jodoh,” tambahnya lagi.
Cara-cara menggunakan Minyak Kasturi Anugerah adalah dimulakan dengan berdiri mengadap kiblat, membaca Surah al-Fatihah, kemudian sapukan sedikit di belakang telinga sambil lafazkan niat kepada Allah S.W.T. Amalkan setiap hari.
No comments:
Post a Comment