Sunday, 19 May 2013

Bagaimana Tukang Urut Boleh Terkena Badi Sihir?

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM HUJUNG MINGGU...


Penangan sihir tidak mengenal siapa pun kita, baik
tua atau muda, lelaki atau perempuan.

Pesakit yang terkena akan menderita zahir
dan batin. Hidup tidak ceria seperti dulu lagi.

Walaupun sihir boleh dirawat, tetapi kesan
atau badi sihir itu boleh berpindah kepada
orang lain.

Bagaimana ia boleh terjadi?
Ikuti kisah seorang pakcik yang mengalami badi sihir
akibat mengurut orang:


Tukang urut terkena tempias sihir

“Sudah hampir 30 tahun pakcik melakukan kerja-kerja mengurut dan telah mencuba pelbagai jenis minyak urut tradisional di pasaran. Allah telah memberi tenaga kepada pakcik untuk menolong ramai orang, dari sakit selepas kemalangan, terkena buatan orang, masalah batin lelaki dan macam-macam lagi.

 Kadangkala selepas mengurut, pakcik dapat rasakan macam terkena tempias atau badi dari sesetengah pelanggan yang mempunyai sakit yang berpunca dari sihir. Seluruh anggota badan pakcik akan terasa lemah dan bisa-bisa serta tidak dapat mengurut untuk beberapa minggu. Sehinggalah pada suatu hari, isteri pakcik terbaca paparan mengenai Minyak Anugerah Sejuta Rahsia di suratkhabar dan pakcik terus mendapatkan minyak ini.

Masya-Allah, sejak menggunakan minyak ini Pakcik dapat merasakan perubahannya. Pakcik hanya guna minyak ini satu malam sahaja, dan pada keesokkan harinya, pakcik berasa lebih segar serta bertenaga. Bisa-bisa akibat badi urut pun terus hilang. Sejak hari itu, pakcik turut menggunakan minyak ini untuk mengurut para pelanggan yang lain. Alhamdulillah, setakat ini sudah lebih 10 botol Minyak Anugerah Sejuta Rahsia yang telah pakcik gunakan. Ramai pelanggan yang beritahu kesihatan mereka semakin pulih selepas berurut menggunakan minyak ini. Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah, Pakcik masih lagi diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk mencari rezeki dan mampu meringankan beban sakit para pelanggan Pakcik”.

En Johari Bin Manap, 60 tahun, Seremban

Ramuan herba dan mukjizat al-Quran di dalam Minyak Sejuta Rahsia Anugerah adalah usaha terbaik untuk membantu memulihkan kesakitan yang berpunca dari serangan sihir, pukau dan sebagainya.

Dengan izin Allah, segala penyakit mampu diubati sekiranya kita berbalik kepada kekuasaan Allah dan keajaiban qalam-Nya.

Bagaimana dengan anda? Kongsikan dengan kami sekiranya anda telah menggunakan Minyak Sejuta Rahsia Anugerah.


P.S Anda boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai produk-produk Anugerah dengan menghubungi kami, talian 011-12374448 atau email ke mcamy.ummibizonlineshop@gmail.com

Terima kasih.

Thursday, 2 May 2013

Kaedah islami untuk menaikkan seri wajah

Semua orang inginkan dirinya disayangi dan disenangi oleh orang lain. Seorang ketua perlu mempunyai perwatakan yang boleh mempengaruhi orang bawahannya. Seorang ahli perniagaan perlu mempunyai aura yang positif supaya dapat menarik perhatian pelanggan dan melariskan perniagaannya. Seorang teruna atau dara yang sudah cukup syarat mahu jodohnya dipercepatkan tanpa perlu runsing lagi.

Ia ibarat magnet yang boleh menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandang. Apa sahaja percakapan, gerak gaya dan air muka seseorang akan melekat di dalam minda seseorang.

Namun, hanya segelintir sahaja yang memiliki kelebihan ini. Mereka mengetahui satu kaedah lama untuk menaikkan seri wajah dan pemanis diri.

Amalan mandi bunga.
Amalan mandi bunga adalah salah satu ritual masyarakat Melayu untuk menguatkan aura diri dan menaikkan seri wajah kepada pengamalnya.

Air mandian disediakan bersama dengan 7 jenis bunga berlainan dan herba-herba pilihan. Bunga didakwa memiliki elemen positif yang boleh mempengaruhi fizikal, mental, emosi dan spiritual pengamalnya.

Hukum mandi bunga pada asalnya adalah harus kerana bertujuan untuk mengharumkan badan dan kebersihan tetapi sekiranya ianya dikaitkan dengan amalan bomoh dan jampi serapah yang bercanggah dengan syariat Islam, maka ia jatuh hukum haram dan wajib untuk ditinggalkan.


Miliki seri wajah dengan membaca al-Quran.
Antara alternatif lain adalah dengan mengamalkan ayat-ayat al-Quran. Amalkan membaca ayat ke-35-38 surat Al-Waqiah dan surah Al-Fatihah serta Ayat Kursi. Tiupkan ke dalam air lalu minum. Niatkan di dalam hati untuk meningkatkan seri diri dan menghindari dari perkara yang tidak di ingini. Amalkan selepas solat isyak.

Bagi anda inginkan supaya wajah anda berseri-seri, bacalah Surah Yusuf ayat ke-4 selepas solat. Selepas itu, teruskan dengan membaca Surah Thaahaa ayat ke-39. Untuk amalan harian, bacalah sebanyak tiga kali kemudian disapu pada muka.

Kombinasi minyak kasturi kijang dengan pengubatan Islam.

Anda juga boleh mengamalkan Minyak Kasturi Anugerah untuk Menaikkan Seri dan Pemanis . Minyak yang dihasilkan dari pati kasturi kijang ini mempunyai kelebihan berbanding pewangi lain. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi.” (Hadis Riwayat Muslim).


Menurut Ustaz Khairul Azhar Ghazali, Minyak Kasturi Anugerah ini ditenagakan dengan bacaan al-Quran 30 juzuk, ayat-ayat Ruqyah, ayat dan selawat syifa’ dan selawat Tafrijiyyah, pendinding al-Muawwizat serta doa-doa terpilih.


Beliau berkata, jika menggunakan minyak ini sebagai amalan harian, ia membantu memberi ketenangan jiwa, kekuatan kepada roh, menghilangkan ketakutan dan kebimbangan, memperkuatkan organ dalaman dan luaran tubuh serta berfungsi memelihara kesihatan secara menyeluruh.


“Sebagai ikhtiar, Minyak Kasturi Anugerah ini mampu menaikkan seri dalam diri, membuatkan diri disenangi ramai dan dipercepatkan jodoh,” tambahnya lagi.


Cara-cara menggunakan Minyak Kasturi Anugerah adalah dimulakan dengan berdiri mengadap kiblat, membaca Surah al-Fatihah, kemudian sapukan sedikit di belakang telinga sambil lafazkan niat kepada Allah S.W.T. Amalkan setiap hari.