Wednesday, 17 April 2013

Kebaikan Minyak Kasturi Yang Jarang Kita Dengar

Erm…wanginya. Bau apakah ini? Macam bau bunga. Apakah namanya?

Aromanya memang menusuk kalbu dan sungguh mengasyikkan. Kehebatannya boleh anda temui dalam bait-bait puisi indah dan lirik-lirik lagu cinta.

Malah dalam al-Quran juga diceritakan kehebatannya!

Itulah minyak kasturi, satu nama yang sinonim dengan dengan minyak wangi ( malah digunakan untuk nama orang juga!)

Apa Itu Kasturi?

Kasturi adalah sebatian wangian yang biasanya digunakan sebagai not asas dalam pembuatan minyak wangi. Ia diperolehi daripada pelbagai sumber seperti dari bintil kelenjar yang ditemui pada bahagian perut, leher dan genital kijang jantan, pelbagai tumbuhan yang mengeluarkan wangian serta penghasilan secara tiruan.


Kasturi telah digunakan sejak zaman berzaman dan merupakan salah satu produk daripada haiwan yang paling mahal dalam dunia. Kura-kura, musang dan tikus adalah antara haiwan yang menghasilkan kasturi selain daripada kijang jantan.


Minyak kasturi Anugerah terdapat dalam 4 wangian dan khasiat yang tersendiri, iaitu :-


:: Minyak Kasturi Anugerah (untuk menghindarkan amalan sihir) - kotak hijau

:: Minyak Kasturi Anugerah (untuk kepintaran anak) - kotak biru

:: Minyak Kasturi Anugerah (untuk keharmonian rumah tangga) - kotak coklat

:: Minyak Kasturi Anugerah (untuk pemanis diri dan menaikkan seri) - kotak merah


**pembelian 10 unit keatas, dijual dengan harga RM39.00 satu...boleh campur-campur produk


Untuk belian, sila call/sms admin di 011-12374448 @ 012-2047929 dan klik di sini

selepas membuat bayaran

Bagaimana Memperoleh Doa Yang Mustajab?


Adakah itu sudah cukup?

Itu sebenarnya adalah ikhtiar anda. Anda sudah berusaha sedaya upaya untuk sembuh dari penyakit. Bila masa ia akan sembuh, itu bukan dalam pengetahuan anda.

Kuasa doa yang menakjubkan

Adakah anda tahu bahawa terdapat satu lagi perkara yang anda perlu lakukan? Sebagai seorang hamba yag dijadikan Allah, doa merupakan jalan terakhir yang dipohon kepada Allah untuk membantu anda.

Doa adalah amalan harian sebagai jalan mengingati Allah S.W.T. Tidak kira apa sahaja keadaan; senang, susah, bingung, atau apa sahaja, anda perlu berdoa sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Anas Ibn Malik r.a yang bermaksud:

“Doa itu otak ibadah” (hadis riwayat Tarmizi)

Doa boleh bertindak sebagai manifestasi penyerahan diri seorang hamba kepada Penciptanya. Dalam konteks kaedah rawatan Islam, tujuan berdoa adalah untuk memohon kepada Allah untuk disembuhkan penyakit, memenuhi sesuatu hajat atau meminta dihindarkan daripada gangguan sihir dan makhluk halus. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil terlebih dahulu supaya doa anda termakbul.

Menjaga adab ketika berdoa

Memohon doa adalah seperti meminta pertolongan dari pihak berkuasa yang mampu menyelesaikan masalah anda. Sama juga ketika memohon kepada Allah Yang Maha Berkuasa, setakat mana doa itu dapat dimakbulkan adalah bergantung kepada perkara-perkara yang perlu dijaga seperti adab, tempat dan waktu mustajab memohon doa. Antara tertib berdoa yang berpotensi mendapat perkenan Allah ialah:
Bertaubat kepada Allah S.W.T terlebih dahulu atas segala kesalahan yang telah dilakukan. Boleh mengerjakan solat sunat taubat dan disusuli dengan beristighfar.
Lakukan solat-solat sunat seperti solat tasbih, solat tahajjud dan witir sebelum berdoa.
Tadah tangan ke arah kiblat sambil menghadirkan rasa ikhlas di dalam hati dan bersungguh-sungguh untuk memohon hajat ke hadrat Allah S.W.T.
Mulakan doa dengan bertasbih seperti Alhamdulillah atau menyebut nama-nama Allah yang agung. Kemudian berselawat ke atas Rasulullah s.a.w.
Lafazkan permohonan anda dengan rasa rendah diri dan suara yang sederhana kuat.
Berdoalah dengan sepenuh hati. Tanamkan keyakinan dan pengharapan bahawa Allah akan memakbulkan doa anda itu.
Disarankan mengulang-ulang doa tersebut sebanyak tiga kali.
Akhiri doa dengan memohon keselamatan hidup di dunia dan akhirat, diikuti selawat ke atas Rasulullah s.a.w dan memuji Allah S.W.T.

Walaupun semua tertib ini diikuti, ia masih belum menjamin doa anda tersebut termakbul sekiranya aspek-aspek lain dalam kehidupan anda tidak dijaga. Pastikan makanan yang anda makan, baju yang anda pakai, kereta yang anda bawa dan rumah yang anda diami datang dari sumber rezeki yang halal.

Memilih waktu untuk berdoa juga memainkan peranan yang penting untuk memperoleh doa yang mustajab. Antara waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa adalah: 

  • Sepanjang bulan Ramadan terutamanya Lailatul Qadar. 
  • Satu pertiga malam iaitu daripada waktu tengah malam sehingga waktu fajar. 
  • Pada hari wuquf di Arafah. 
  • Sepanjang hari Jumaat. Ada pendapat ulama’ mengatakan hanya satu waktu sahaja dalam hari Jumaat yang doanya dimakbulkan oleh Allah. 
  • Malam dua hari raya iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. 
  • Setiap kali selepas solat fardhu. 
  • Waktu antara azan dan iqamat. 
  • Ketika sujud dalam solat fardhu. 
  • Selepas solat Asar. 
Anda juga perlu berusaha berdoa pada bila-bila masa dan keadaan selain perlu mematuhi adab berdoa. Mungkin doa anda tidak akan ditunaikan dalam masa yang terdekat tetapi anda perlu yakin kepada Allah S.W.T dan sentiasa bersabar memohon doa tersebut.

Bilakah Doa Anda Akan Termakbul?

Sebenarnya, tiada doa yang tidak dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Kita sebagai makhluk sofistikated yang lemah semestinya memerlukan pertolongan dan bantuan dari Pencipta kita. Bila Allah S.W.T akan memakbulkan doa kita, ia adalah hak Allah. Kita perlu terus berikhtiar mencari penawar dan beristiqamah dengan doa. Insya-Allah segala apa yang kita hajatkan pasti tertunai.

Kelebihan Gamat King Anugerah Yang Anda Perlu Tahu.


Gamat adalah sejenis haiwan laut yang bernilai tinggi. Di dalam badan gamat ini terkandung khazanah berharga yang mampu menggembirakan mereka yang sakit, ibu yang mengandung dan mereka yang ingin kelihatan muda dan bertenaga.

Nenek moyang terdahulu telah lama menggunakan gamat untuk meningkatkan kesihatan badan, menyembuhkan luka dan sebagai ubat penahan sakit semulajadi.

Kini, masyarakat moden boleh mengambil kesempatan daripada kelebihan gamat ini. Kajian daripada Universiti Kebangsaan Malaysia telah mendapati gamat mengandungi kandungan protein,karbohidrat, zat galian dan asid lemak yang tinggi. EPA dan DHA adalah asid lemak yang mampu melambatkan proses degenerasi sel dan mengurangkan kerosakan sel.

Kajian-kajian para saintis lain berjaya membuktikan gamat sebagai penawar alternatif kepada ubat-ubatan pada masa akan datang.

Selain itu, ia juga kaya dengan growth factor yang mempercepatkan pertumbuhan sel-sel baru yang telah rosak. Kolagen di dalam gamat adalah tinggi sebanyak 92% untuk memerangi kesan penuaan dan kemerosotan prestasi sel di dalam badan manusia.

Inilah kelebihan utama gamat.

Tapi itu adalah sebahagian daripada khasiat gamat di dalam Gamat King Anugerah.

Alami mukjizat al-Quran untuk kesihatan badan yang optimal.

Mendapatkan makanan yang berkhasiat dan halal adalah wajib kepada muslimin dan muslimat. Dengan badan dan akal yang sihat, kita boleh menjalani hidup dengan baik dan sempurna.

Namun, tidak siapa boleh menjangka sakit akan berkunjung tiba. Ia akan datang secara tiba-tiba tanpa dipanggil.

Di waktu itulah, doktor dan ubat diseru. Kita disaran untuk mencari penawar untuk penyakit yang dihadapi. Ia sesuai dengan hadis Nabi S.A.W daripada Usamah bin Syarik;‘Seorang Arab Badwi bertanya Rasulullah s.a.w. (apabila beliau dihinggapi penyakit), “Wahai Rasulullah, adakah perlu kami berubat. Sabda Rasulullah, Ya. Wahai hamba Allah, hendaklah kamu berubat, maka sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan ada penawarnya” – Hadis riwayat at-Tirmizi.

Pelbagai rawatan yang boleh kita ambil selain daripada perubatan konvensional. Antaranya adalah dengan kaedah pengubatan Islam. Ayat-ayat suci al-Quran akan dibacakan oleh pengamal perubatan kepada medium perubatan seperti air, lalu air ini diberikan kepada pesakit untuk diminum atau dibuat mandi.

Ia adalah kaedah yang selari dengan sunnah Rasulullah S.A.W dan tidak menyalahi syarak.

Kini, kaedah ini dikembangkan ke produk-produk kesihatan untuk memberikan keberkatan kepada mereka yang ingin mendapatkan kesihatan tubuh badan secara total.

Kalam Allah ada di dalam Gamat King Anugerah.

Gamat King Anugerah mengandungi air mineral yang telah dibacakan 30 juzuk al-Quran dan doa-doa pilihan. Ia dibacakan dengan penuh tertib dan dalam kiraan tertentu oleh pelajar-pelajar tahfiz.

Di antara doa-doa khusus yang dibacakan ke dalam Gamat King Anugerah ini adalah:
  • Ayat-ayat ruqyah
  • Ayat ruqyah Nabawiyyah.
  • Ayat ruqyah Jibril.
  • Ayat pembatal sihir dan pukau.
  • Ayat penawar seribu guna
  • Doa pendinding
  • Doa pengasih dan banyak lagi.

Kombinasi unik perubatan moden dan pengubatan Islam.

Bila digabungkan dengan khasiat gamat yang menakjubkan, ia adalah minuman kesihatan terbaik masa kini. Dengan izin Allah Taala, Gamat King Anugerah boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka, meredakan sakit sendi dan otot dan mengurangkan bengkak akibat digigit oleh serangga. Bagi wanita yang mengandung, ia membantu tumbesaran bayi yang dikandung, serta boleh dijadikan minuman tenaga untuk wanita yang baru lepas bersalin.

Gamat King Anugerah boleh diambil oleh semua golongan. Tertib penggunaannya adalah sebelum meminumnya, perlu berselawat sebanyak 3 kali, kemudian membaca surah al-Fatihah, kemudian membaca “La Hawla Wala Quwwata Illa Billah” dan seterusnya berniat kepada Allah untuk memulihkan kesakitan yang dihadapi. Insya-Allah.

Adakah anda sudah mendapatkan Gamat King Anugerah? Bagaimana kesannya? Hubungi Ummi Biz untuk maklumat lanjut dan dapatkan diskaun price dengan pembelian RM200 ke atas..

Bagaimana nak tahu tanda-tanda saka dalam badan?


Adakah nenek moyang anda pernah mengamalkan saka? Mungkin ya, mungkin tidak, tetapi tanda-tanda saka dalam badan boleh dikenalpasti.

Jangan terkejut jika anda mungkin mewarisinya.

Dan lebih baik anda mengetahuinya daripada tidak mengendahkannya.







Apakah itu saka?

Saka adalah kontrak mistik di antara nenek moyang dengan jin untuk mendapatkan kecantikan, perlindungan, kekuatan dan pertolongan, dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu.

Ia boleh diwarisi dan dipindahkan kepada keturunan si pengamal sehingga 7 keturunan, terutamanya kepada anak cucu yang masih menyimpan barang-barang peninggalan si mati.

Semasa program Wacana Perdana bulan lepas, Ustaz Sharhan Shafie telah menerangkan beberapa tanda-tanda saka dalam badan.

Di antara tanda-tandanya adalah:

1. Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
2. Selalu bermimpi berada di awangan.
3. Sering dikejar binatang dan dipatuk ular.

Tanda-tanda berikut adalah petanda yang sangat jelas seseorang itu mewarisi saka:

4. Kerap bermimpi menerima bungkusan dari seseorang.
5. Mimpi menyusukan bayi (mendukung atau melihat dikira petanda yang sama)
6. Ada lebam pada tubuh setelah bangun dari tidur.
7. Rumah tangga sering bermasalah, sering berbalah dalam perkara yang kecil, anak-anak yang degil.
8. Berdebar-debar tanpa sebab.
9. Sakit-sakit pada sendi, pinggang dan buku lali walaupun perubatan moden tidak dapat mengesahkan apa sakitnya.

Apa yang anda perlu buat?

Jika ada tanda-tanda saka dalam badan anda ini, anda perlu segera berjumpa dengan pengamal perubatan Islam yang bertauliah.

Selidik dahulu salasilah keturunan anda terlebih dahulu.

Sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mencukupkan ibadat-ibadat wajib, memperbanyakkan membaca al-Quran dan amalan-amalan sunat.

Jangan putus asa sekiranya anda gagal mengeluarkan saka dari hidup anda.

Teruskan berusaha dengan mencari penawar dan bertawakkal kepada Allah. Insya-Allah.